OPS Redback ialah sebuah operasi penting antara Malaysia dan Australia bagi memerangi jenayah maritim dan menghalang golongan rentan daripada merisikokan nyawa mereka di lautan.

OPS Redback meliputi rondaan oleh Maritim Malaysia di Selat Melaka, bekerja rapat dengan masyarakat tempatan untuk memperkukuh dan memperhalusi keupayaan untuk mengesan, mengekang dan menjejaskan usaha-usaha haram maritim. Jenayah maritim merupakan ancaman berterusan dan isu global.

Dengan melaksanakan usaha sama, Malaysia dan Australia sedang bekerjasama untuk menjadikannya semakin sukar bagi para penjenayah ini untuk beroperasi.

JANGAN GADAIKAN NYAWA ANDA UNTUK SEBUAH

PERJALANAN BOT HARAM

Perjalanan bot sangat merbahaya. Jangan gadaikan nyawa anda dalam perjalanan bot haram.

Penyeludup manusia adalah penipu. Mereka ialah penjenayah yang mengeksploitasikan golongan rentan dan pengugut ahli keluarga. Penjenayah ini akan berkata apa sahaja untuk mendapatkan wang anda dan akan terus memeras wang tambahan daripada anda sepanjang perjalanan bot tersebut.

Bot-bot mereka tidak selamat untuk dilayar dan perjalanannya sangat menggerunkan. Anda sama sekali tidak akan sampai langsung ke destinasi anda.

LAPORKAN KEGIATAN HARAM DAN PARA PENYELUDUP MANUSIA

KEPADA PIHAK BERKUASA

Bantulah kami untuk menjaga keselamatan komuniti anda. Laporkan kegiatan maritim haram atau pelawaan sindiket penyeludupan manusia kepada pihak berkuasa atau sila panggil talian hotline pada:

019-2611833 atau 999.

Semua panggilan dan identiti akan kekal anonim.