Op Redback merupakan satu kerjasama antara APMM dan ABF di bawah MoU Keselamatan Maritim di antara kerajaan Malaysia dan Australia dalam membanteras aktiviti penyeludupan, jenayah rentas sempadan maritim serta menghalang golongan rentan menggadaikan nyawa di laut.

Op Redback meliputi aktiviti rondaan dan operasi di perairan Selat Melaka, menjalinkan hubungan kerjasama dengan komuniti tempatan dalam memperkukuh dan mempertingkatkan keupayaan bagi mengesan, menghalang serta merencatkan sebarang kegiatan haram di laut.

Jenayah maritim adalah ancaman global yang berterusan, justeru, usahasama Malaysia dan Australia ini boleh mengekang dan menyukarkan penjenayah maritim beroperasi.

JANGAN GADAIKAN NYAWA ANDA DALAM SEBUAH

PERJALANAN BOT HARAM

Perjalanan bot ini merbahaya. Jangan gadaikan nyawa anda dalam pelayaran bot haram.

Penyeludup manusia adalah penipu. Mereka merupakan penjenayah yang mengeksploitasikan golongan rentan dengan memeras ugut anggota keluarga anda untuk mendapatkan wang, dan akan terus memeras anda untuk wang tambahan di sepanjang perlayaran.

Bot-bot mereka tidak selamat untuk belayar dan perjalanannya mengerikan. Anda sama sekali tidak akan sampai ke destinasi anda.

LAPORKAN AKTIVITI HARAM DAN PENYELUDUP MANUSIA

KEPADA PIHAK BERKUASA

Bantu pastikan komuniti anda kekal selamat. Laporkan sebarang aktiviti haram di laut ataupun pelawaan daripada sindiket penyeludupan manusia kepada pihak berkuasa menerusi talian hotline di:

019-2611833 atau 999.

Semua panggilan dan identiti anda akan kekal dirahsiakan dan selamat.